Sunday, April 10, 2011

YOU ALL....KALAU NAK MENANG, KENA LEBIHKAN PROMOSI MACAM BANG NUAR!

Salam 1 Malaysia...
Semalam i tengok filem Cun lakonan Maya Karin dan Remy Ishak. Filem ni kurang promosi. Tak lah macam setengah produser yang  hebat promosinya sehingga dapat jutaan ringgit setiap kali buat filem. I think the advertisement is very important to make money or to dapat pengundi. 
Walaupun filem ni kurang promosi, tapi i tengok gak le sebab nak support filem tempatan. Cerita dia memang best. Lawak dan sedih. Memang nature dalam kehidupan orang kampung. Memang best filem ni. Ada mesej yang dipaparkan iaitu harta yang banyak, keglamoran dan popular (macam bang nuar and apek Lims') bukanlah faktor utama kebahagiaan hidup. Walau di kampung, hidup tidak mewah namun hidup harmoni, diterima, disayangi dan dihargai itulah yang lebih baik daripada kehidupan yang membingitkan di bandar. Walau apapun, di mana saja kita berada, gosip, iri hati adalah perkara yang sentiasa akan ikut kita. 


Cuma yang tak best nya bila pakaian maya karin tak sesuai dengan suasana kampung dan hubungan yang akrab antara remy dan maya dalam filem tu pun tidak mencerminkan masyarakat kampung. 
Kenapa i bawa cerita ni? Sebab i nak bagitau u all, cerita ni kurang mendapat sambutan sebab tak ramai yang tahu tentang filem ni. Jadi, kalau kita nak orang tau kita kena lah buat promosi. Jangan kedekut duit nak buat promosi. Tengok macam puak pembangkang macam PAS, kalau agak-agak tak cukup duit nak buat poster, boleh kutip duit kat pengikut. 


Begitu juga kat selangor, kerajaan selangor buat promosi macam-macam bagitau tentang air lah, ceramah lah dan macam-macam lagi yang entah apa-apa sekadar untuk mempromote diri. 


Satu lagi apek guan eng tu, suka promote diri, konon dia lah hero penang yang terbaik bawa pelaburan banyak kat penang tu. Dia happy je angkat diri dia. Lepas tu baru BN kata yang dapatkan pelaburan besar tu kerajaan. Kenapa jadi macam tu? Sebab kerajaan umno/bn tak banyak promosi tentang apa yang mereka dah buat untuk rakyat penang. Tak macam apek guan eng yang suka mengangkat diri. Dalam hal politik ni kita kena selalu memberitahu apa kita buat. macam pengarah tu lah...buat filem kadang-kadang merapu dan merosakkan akhlak tapi sebab promosi lebih, filem asyik jutaan ringgit je. macam tulah strategi nak berniaga. sama macam politik juga. 


I ni macam orang politik la plak..heheeeeee...i bukan apa, i tengok filem bukan sekadar tengok hero dan heroinnya tapi i tengok isi kandungan. I tak nak jadi macam penang, selangor dan kedah, cover stroy cantik je, indah je tapi bila buka isi kandungan, hampeh dan no value langsung! Tapi cerita macam ni yang orang kita suka sampai tak sedar betapa banyaknya pembangunan di sekeliling kita. Teringat pulak anak sufi cerita Hantu Mak Limah Balik Kampung. Pembangunan depan mata pun tak nampak! Cer citer....apa yang pembangkang dah buat untuk membangunkan negara? Kita  bakor aje dema! heheeee...


Jangan marah ya abang-abang pembangkang! nanti kena jual!!!!!!!

1 comment:

  1. kita bakor je !!!
    those pencacai PR, memang buta untuk tgk apa yg kerajaan da buat. ala audrey, they cant accept kebaikan kerajaan. dorg jeles la tu.. ops.

    ReplyDelete